Tuesday, October 28, 2008

Disebalik surah annisa' ayat 31

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Setelah sekian lama mencari bahan rujukan serta pandangan dari uztaz-uztaz dan uztazah-uztazah dari tanah terulung University Al-Azhar dan juga pendapat kawan-kawan yang hebat-hebat belaka..alhamdulillah akhirnya berjaya saya simpulkn surah an-nisa ayat 31 yang sering disalah anggap dan disalah tafsir oleh mereka yang tidak mengkaji dahulu akan apa yg dilakukn atau diikuti..sesungguhnya kita akan dipersoalkn akan setiap apa yg dilakukan..subhanallah..sesungguhnya al-Quran itu lengkap dan islam itu agama yang mudah untuk diperaktikkan.
adakah islam membataskn kita dari mencantikkn diri?memakai pakaian yg cantik? adakah pakaian islam itu hanya jubah berwarna hitam? bukankah Allah menyukai kecantikan?
mengapa berbeza cara pemakaian tudung?betol ke cara kita pakai tudung atau hanya mengikut masyarakat sekeliling?bagaimanakah cara pemakaian tudung yg sebenar?adakah tudung itu sekadar perhiasan? 1.wajib menutup dada

Ada ulama’ yang memperkatakan adalah wajib untuk tudung ditutup dibawah paras dada, diatas sebab-sebab dibawah :
-mengambil terus dari surah an-nisa ayat tanpa huraian atau penafsiran dari mana-mana pihak samada dari rujukan-rujukan utama seperti sunnah, hadith, kias mahupunijma’ ulama’.
-mengambil ayat sokongan dari surah al-Ahzab 33:59 iaitu “ Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yg beriman supaya melabuhkn pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.


2. tidak semestinya/ tidak

Ada pula yang memperkatakan adalah tidak wajib untuk menutup tudung itu dibawah paras dada, apabila aurat sudah ditutupi dengan pakaian yg longgar dan tidak menampakkn bentuk tubuh dan mengikut syariat islam, juga tidak menampakkn dada kerana pakaian itu sudah cukup tebal. Maka tidaksemestinya mereka perlu menutup dada mereka lagi kerana dihuraikan dari surah an-nisa ayat 31 iaitu tidak kiralah bagaimana mereka hendak menutup dada mereka ataupun perhiasan mereka dengan menegaskan ia tidak nampak kepada umum ataupun menjadi perhatian. Contohnya:

-kain baju itu sudah tebal dan dapat menutup perhiasan wanita, contohnya jika memakai kot ataupun sweater yang mampu menutup bahagian dada wanita itu dengan baik.
-pakaian itu sendiri yang tidak menampakkn bentuk tubuh contohnya jubah berwarna hitam.
Ada uztaz memberitahu saya semasa saya bertanyakn pendapatnya tentang surah an-nisa. Beliau berkata yang menjadi perhatian itu rambut ke?leher ke?telinga ke? Beliau berkata dada itu yg sebenarnya yg menjadi perhatian.

Dan ada uztazah memberitahu sy ada sebab mengapa disuruh wanita untuk menjaga perhiasan mereka dan jika setakat hendak menutup dengan kain yg jarang dan nipis serupa dengan tidak menutupnya jika hanya “nak cukup syarat”…katanya fikirlah bagaimana cara pun hendak menutup perhiasan, kerana bukan yang memkai tudung labuh ataupun jubah itu semestinya betul, tudung labuh itu mengapa nipis dan lembut sehinggakan bila ditiup angina dah boleh nmpak lebih jelas berbanding yang hanya memakai tudung sebar katanya lagi..tepuk dada tnyalah iman memberi peringatan kepada saya.

Sekarang ini, pada kebiasaannya Islam seseorg itu dinilai dari sudut pandangan luar, terutama sekali cara berpakaian. Bagi perempuan tudung itu sudah menjadi satu ukuran yang utama sehinggakan ada junior (yg free hair) mengadu kat saya, dia kata ada kakak2 usrah (MMU) yang jelling kat dia, masa dia senyum pon buat2 xnampk seolah2 yang tidak memakai tudung itu sah2 ahli neraka dan yg memakai tudung itu sah2 ahli syurga (maaf cakap..inilah reality).
Sesiapa yang tidak bertudung kepala dianggap bukan Islam yang baik, perempuan yang pakai tudung otomatik dianggap lebih baik dari yg tidak.


Bagi lelaki pula, sesiap yg berketayap and berjanggut secara otomatik akan dipilih untuk mengimamkan masjid, tidak pun..dipandang teramatlah tinggi seolah2 janggut dan kupiah itu equals to ilmu agama dia..inilah mindset manusia. Allah tak pernah judge kita by the cover..
Salah satu definisi islam ialah tunduk patuh pada Allah sebagai contoh (2:131), bila Allah berkata “Aslim” kepada Nabi Ibrahim, dia menjawab “Aslamu” kepada pemelihara semua alam.
Tunduk patuh boleh dikaitkan dengan percaya, ikut perintah dan taat, sebagai contoh. Adakah itu semua berkaitan dengan perbuatan fizikal atau zahir seseorg? Sebahagiannya ya, sebahagiannya tidak. Perhatikan ayat 2: 177 berikut:


Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan hari akhir, dan malaikat-malaikat, dan kitab-kitab, dan nabi-nabi; dan memberikan harta walaupun dicintainya, kepada sanak-sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan org-org miskin, dan musafir, dan org yg meminta-minta;dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat,dan memberikan zakat, dan mereka menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-org yg bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar (2:177).


Daripada ayat 2:177 kita boleh faham dengan jelas bahawa ketaatan kepada Allah itu bukanlah dengan sekadar perbuatan atau kelakuan yg pada kebiasaanya dianggap taat. Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-quran yg berkaitan dengan ketaatan.


Jadi, bagaimana pula ramai org yag menilai ketaatan kepada Allah dengan mengaitkan dengan tudung kepala, janggut, ketayap dan sebagainya.?? Kita harus ingat Allah telah memberi amaran tersebut:
“ jika kamu mentaati kebanyakan org dibumi, mereka menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.” (6:116)


Contohnya bak kata abang faisal, sesetengah org hanya akan menerima diri kita hanya juka kita sefikrah dengannya. Jika pakai tudung labuh/berketayap..geng de yg pakai tudung labuh/berketayap belaka..yg pakai tudung biasa atau tidak bertudung tidak dilayan walaupun ilmu mereka lebih tinggi dari yg memakai tudung labuh/berketayap.


Memakai tudung, memakai jubah, memakai ketayap atau apa saja pakaian adalah hak individu..terpulang pada mereka bahgaimana hendak melindungi diri mereka. Mengaitkan dengan suruhan Allah mahupun Rasul dan mendapat pahala lebih adalah tidak tepat. Masakan cara berpakaian harian , cara berpakaian untuk solat pun Allah tidak tetapkn..memakai telekung berwarna putih seperti dimalaysia contohnya hanyalah budaya...wallahualam
fikirlah sendiri..kita mencari keredhaan Allah..bukanlah "keredhaan" manusia...

4 months that changed my life~ Ind TRA

PRAKTIKEL—1ST WEEK
1 Jun 2008:

Assalamualaikum, 2 Jun 2008 adalah diantara hari yang paling bersejarah dlm hidup insan biasa seperti saya..iaitu saya akan pergi “OPIS” !!! hehe..di :

FACT SYSTEM (MALAYSIA) SDN BHD
510 BLOCK A SS7/17 KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

Takot gak sebenarnya nak pergi tempat koperat camni..tapi apekah daya..ni pon alhamdulillah dapat gak tempat nak wat industrial training  (syukur alhamdulillah..)
Berkerja selama 4 bulan dengan sedikit “allowance” yang mengembirakan sebagai marketing executive bukan senang..keterampilan sebagai marketing executive plak?? Jeng..jeng..jeng..no komen..ape2 pon akan di”post”kan tentang hari pertama training nnt kepada mereka yang sedang membaca blog sy ni..doakan saya ye.. Allah yubarik Fiq..Wassalam

2 Jun 2008 :

Inilah hari yang bersejarah tu..

6.oo pagi: sembahyang subuh, hal2 Quran, tgk satu2nya adik pompuan sy bersiap untuk ikut ayah ke campus University Malaya..(sedih de da balik..), tlg2 adik..,sendiri bersiap,

7.30 pagi: tadi farah (wawi) message de kata gudluck kat sy..terharunya hati sy… Mak tlg2 sy bungkuskan air (mulianya hati mak…  )dan tetibe..hon…hon…bunyi hon kereta dari kereta mak cik.. amik brg2 n pergi ke kerja bersama..

8.30 pagi:
Da sampai opis..em..cuaknye..pesan mereka2 yg tersayang.. : “perbanyakkan selawat..baca bismillah masa nak masuk ofis”
Semua itu diperaktikkan dan alhamdulillah tenang..

9.15 pagi:
Duduk kat lobby syarikat..ni conversation (lebih kurang) antara sy dan Mr.Haizal (external supervisor)

Saya: May I speak to Mr. Haizal? It’s regarding my Industrial training.
Mr Haizal : and you are? Owh..MMU student..(xcakap ape2 pon ..de yg jwb sendiri..nway..he seam’s friendly )
Saya: yes..
Mr Haizal: and your name?
Saya: nurul zakiah Zazli
De pon sohla saya tunggu..n panggil ke bilik ne tah..
Mr Haizal: have a seat..and he gave a the sunshine to my new leaf (his smile)
Saya: thank you.. 
Mr Haizal: actually there’s bad news..
Ape?pagi2 ada bad news plak..cuak nih..tetibe Reez tepon lak..d kata “ada intenet x?”
Saya kata xstat keje lagi..lagipon ari ni leh balik awl.. 
Mr Haizal: the bad news is that you are going to be alone..before this universities gives us 4 or 5 students for the industrial training..but now..your the only one..(he smiled) ..i wonder why it is only you..well there are Pro’s and Con’s..the Pro’s is that you will be more focused..( con’s de xbgtau pon.. )..Hmm..actually we are tied today and the person that will guide you is maybe tied too..So, can you come back tomorrow because you will be bored here with nothing to do..you shouldn’t come at 9am,come at 10 or 10.30am tomorrow..
waHH…bestnye leh balik awl..  esok baru de bg kerja yg perlu dibuat..harap2 esok hari yg mengembirakan..insyaAllah 

3 Jun 2008:

Mr Haizal xdtg..de MC ari ni.. tp katanya..sy akan berkerja ngan seorg “rakan”..namanya kak Farieza..xla garang sgt..baik gak de tp tegas gler,..ni hari petama keje ngan de.. de kata ni tele-marketing so kene cari company n promote software accounting ni via-phone.
waaHH… guna tepon..tepon kengkwn leh ar..xbrani nak tepon company,.setiap hari lak tu..astagfirullah.yang nak dielak ni gak yg dpat.. 
hari petama kene cari 50-100 company kat intenet.. tp ari ni xyah kol lagi.. sok baru kol..
banyak tul nak kene cari ni..masa mula2 de kata cm2 rasa cm nak nangis gak..berair mata..( tp cover :P ) balik2 kerje pkul 6 ptg ( keje stat 9 pagi- 6 ptg) terus report kat mak.. pe lagi ber”gossip” sakan ngan mak.. hehe 

4 jun 2008:

Hari ni kene sambung cari company lagi..tp kali ni kene cari seratus gak..xleh kurang..
Sy pon berusaha la bagai nak mati.. tp dpt wat 52 company..sbb byk gi keje len kene wat..update company lagi..tepon company lagi..ish3… tention ada..stress sgt2 nih.. kakak tu tny tention x pastu sy kata ar tention.. tp baru sy phm skrg..sama ada bgtau de tention atau tidak tetap tak mendtgkn hasil..xde perubahan pon…makin ditambah keje ada ar.. baik simpan dlm hati n mgadu kpd yg Esa..hanya Dia dpat menolong kita..
(maap jika terbaca kenyataan ini..tapi inilah hakikatnya..)

5 jun 2008:

Disebabkn jem beberapa hari kebelakangan ni..sampai semlm mak cik duduk dlm kereta 5 jam dari pkul 5 sampai 10.30 mlm baru sampai umah..sbbnya polisi minyak…jem sini..jem sana..stesen minyak penuh..mcm2 kereta ada..sejauh hamper 3 kilometer dari stesen minyak org2 beratur dpatkan minyak.( nak slhkn rakyat ke..kerajaan ke..dunia ke..xperlu nak slh2 kan okeh..semua da besar leh pk ape puncanya..ngara kita pengeluar minyak..kat arab minyak 50 sen je la..skrg ni xperlu nak tunding2 jari..kita kene “solve”.. xde guna demonstrasi ke gadogado..bende da jadi..kena cari solution bersama okeh… )
Kat opis bising2 psal minyak..pening pale sy..tetibe kak fariza bg lak keje sebeban…
Mak kata..ni praktikel ke wat keje semua org..wallahualam..kene buli la nmpak gaya…. Sok kene tepon finance manager company2 n managing director..teruk la sy kalau diorg tny soalan pelik2 cmne sy nak jwb..pasal software company ni on sy x pakar lagi..hmm…nnt sok plan nak bgtau supervisor company..( mR Haizal yg baik hati  ) arap2 de phm..amin ya robb..

6 jun 2008:

Alhamdulillah xsehat hari ni..buat petama kali Sronok sgt2 sbb xsehat..pening pale n keracunan mknn..sakit bukan kepalang..tp lagi bagus dari gi keje..( bleh plak cmtu..hehe)
Tention kurang ari ni..gi doctor n duk umah ngan tenang,..alhamdulillah  best tau xpyah gi opissssssssssss ..petang ni da baik da..tp pening akibat tention thap melampau kat opis masih ada,..temanla mak pegi shopping..bestnyeeeeeeee  sonok tul duk ngan mak 
``` maka berakhirlah penyeksaan selama 1 minggu..alhamdulillah pasti ada hikmah ni  syukran lillah…  tp ada lagi 3 bulan nak kene tempuh..  kengkwn doakan la ye.. moga Allah permudahkan segala urusanku..dan hanya Allah yg boleh permudahkan apa yg sukar bgku..amin ya Robbiyal..alamin..```
Enam hari diatas adalah coretan masa mula2 masuk company ni..skrg baru nak post..(saje je nak post last2)..
Alhamdulillah September 26, 2008 tamatnya sesi industrial training selama 4 bulan..sepatotnya abis 30 september 2008, tp terpaksa abis awl diatas sebab2 yg tertentu..
Pagi 26 september 2008, pkul 9 pagi..pergi hantar report kat supervisor, Mr haizal( going to miss him..) ..masuk2 je opis hampir terlanggar mr haizal..apela mr haizal,laju je jln..pastu nmpak kak wani.. 
Mr haizal: haaa!!! Nurul.. 
Nurul: da siap da..nah report (with a smile )
Mr Haizal: tebalnyaaa…
Nurul: hehe..
Mr haizal: soo…ade ape2 u nak I sign atau buat? (eh2 de kn boss..sy lak rasa cm boss ari ni.. :P )
Nurul: hmm..just komen kat report week 18, sbb da compile dari first week until week 18. so u komen jela.. 
Mr Haizal:orait..u nak balik da ke? (pkul 9.03am), nnt u amik masa 6th october kn?
Nurul: yup, 6 oct nnt I dtg amik  (masa tu da mula sedih..sbb da abis training)
Mr haizal: orait  (he gave a smile)
Saya pon kemas2 meja kat opis tu..then buang sampah2 n bagi kat kak wani kotak tisu sy yg disayangi (tertera perkataan: “stress is not good”)
Kak wani: nurul nak balik da ke? ( kak wani pon dtg salam)
Nurul: thank you mr haizal 
Mr haizal smiled.. 
Nurul: thank you.. 
Mr haizal again smiled and nodded.

mr haizal xpernah sua tgn nak slm sy, cm org lain (laki)..since mula lagi..i think I know why..
Once, kalau org tu hormat someone because agama de (not saying that I am sooo alim) xkira la lagi muda or tua,then they will understand on how to treat a Muslim like me.. 
Then kak wani pon hantar sy kat luar opis..on the way nak kuar, sy salam2 ngan kak yeni, auntie yg suka ckp “some more worse” hehe..
Sbnrnya dlm hati..gah pk..mana kak fariza ni..sbb kat kak wani kata kak fariza nak dtg (kak wani n kak fariza is my best buddies kat opis.. )
Pkul 9.20am..
Sembang2 ngan kak wani kat luar opis sementara kak fariza dtg..
Tetibe bunyi suara suhaile and tamiri…n kak fariza..diorg baru kuar lif..
Tamiri: nape duk kat luar? Xleh masuk ke?xde org ke? (amik kunci dlm poket..padahal ade je org dlm opis..de xtau sy da abis training), nurul nak kuar ke? Ni boleh je bkk pintu ni..
Kitaorg tergelak..tamiri..tamiri..megelabah tul..
Nurul: nak balik da ni tamiri..(hulur tgn)
Tamiri: oh..yeke..(cm muka xcaya)..(then slm2)
Then de kata..masuk la..jom masuk..
Eh tamiri ni..cm xcaya ke sy nak balik da ni..
Nurul: I da abis training la..nak balik da ni..
Tamiri: laaaaaaaa…ye keee?!! (muka xcaya)..i igt u main2..then de gelak sorg2..(hehe..then slm2 again..)
Suhaile: u nak balik da ke? Maafkn kesilapan I kat u selama nit au kalau ade slh2 ke.. (hehe..cm tau je ade wat slh kat sy..) ..
Nurul: sy pon sama suhaili..sory tau..n halalkn makan minum I selama ni (sbb de selalu belanja mkn besar2 masa si biki tu xde..best!! )
Suhaile: I pon sama..ye (menandakan da halalkn)
Kak fariza: awlnya nurul balik…..nak balik da ke?
Nurul: aah (sedih sgt2..)
Salam2 ngan kak fariza (muah muah) then tgk diorg masuk opis..n last skali tgk kak fariza masok opis..
Nurul: akak masuk la dulu..nurul nak tgk.. 
Kak fariza: ok 
Pintu mula ditutup..pelan2 muka kak fariza makin sy xnmpak..de senyum kat sy (wpon saya tau de sedih.. hehe)..pastu.. “dum!!” pintu tertutp rapat..alhamdulillah..syukur ku terhadap Allah kerana memberi peluang2 kepadaku dicini selama ni..sedih meninggalkn mereka..tetapi lebih baik balik dari duduk di “penjara” ni..
Conversation diatas ade yg xlengkap..(xkn la nak tulis semua..kn panjang sampai sok xabis..hehe) jika ade yg slh tu kira tersilap la..tp rasanya betul dah.. 

....30 september 2008: the end of industrial training..alhamdulillah..