Tuesday, May 19, 2009

mode sy juga pasal istidraj..

masa stadi week juga masa exam period ni macam2 berlaku..ade yg kelakar,ade yg scary,menyakitkn hati n ade yg tah...menenangkn~wink*

tah nape tah sem ni..lepas je abis FYP rasa free wpon ade byk bende nak kene baca (dah terlupe amik sabjek..ahaha)..rasa cm ade spare time untuk belek2 bende2 merepek, usik2 osmet..(paling suka..ngee),pastu leh duduk sambil sandar (masa FYP ade duduk menegak je..waaa...)...pastu leh kacau dak nedi..hehe..n kacau yg lain2 :P

beberape ari lepas dpt postcard dari Hamilton,New zealand..tulisan adik bongsu sy rasanye..de kata..

"apa khabar (kabar de ade "h"..hehe cm skema dak nih:P)? sihat ke? belakang rumah ada sungai. Nilah sungainye (gambar belakang postcard).kat cini sejuk jugak. malam boleh sampai 0 darjah celcius. pelik.bukan winter. selamat maju jaya. assalamualaikum"

haa...tu la yg de tulis kat sy..ngee..

nape tah rasa cm tenang je..hepi pon ade padahal pekse ade byk..nak kata da ready tu xlah..nak kene revise ape yg balaja kat kelas..masa ni lah rami yg nak pijam notes sy... *_*

td ngaji pastu terlalu kat satu surah ni..tersenyum sy..hahaha...xtau nape,sbb kisah de kot..tersenyum smpi skrg masa gah taip entri ni..sonok baca quran..macam2 cite ade..dari cite sedih kepada cerita yg paling gembira..ngee,quran memberi petunjuk juga mengembirakn hati sy :)

semlm kn,toothbrush sy terjatuh n masok dlmmmmmmmmmm baldi "e binti o"..waa..omg..xtau nak ckp ape,ngan bende slimmy terapung2 kat atas permukaan air..cm minyk..xkn baju de kuar minyk kot...sbb de rendam 5 days ok!..mak aih..hanya osmet umah ni phm..sy pon kecoh2 then terpaksa buang toothbrush tuh..mmg terpaksa..waaa~semuanya ats cadangan cik nedi n kak ain..sy da letak dettol n macam2 kat toothbrush sy,tp cm xsanggup je nak gosok gigi sy..bak kata org klantan.."cemar weh"..

jadik nedita yg kebetulan nak turun gi shopping kat uptown (bunyi cm jauh je sy taip uptown..hehe)..sy kirim kat de toothbrush..de pon belikn sy toothbrush oral B warna purple,kebetulan sama ngan de lak tuh ...haha..encik denz jgn la pegi beli jugak tau..ngee

ade gak cite scary berlaku kat umah sebelah tp xmo bgtau..haha,secret..

memandangkn nak dekat exam maka EP (apartment sy) pon sunyilah..sunyi amat~ dak2 tu stadi kot,pastu memlm leh nmpk semua org ade kat ruang tamu belajo..kalau tgah hari blajo kat ruang tamu mau hangus terbako dek kepanasan..waaa..so mlm semua org pon stadi..bgus2..

ade yg dari xsmyg terus smyg haa...dari xkenal Tuhan terus kenal tuhan,tau lak tuhan wujud..alhamdulillah moga istiqamah..(tp selama hampir 9 sem kat MMU,rasanya mereka xistiqamah..xpe2..doa je)..ade yg dari xpenah pegang buku asyik kelabin n huha..tetibe bawak buku 4 kilo ngan spek nak terjatuh xmampu da nak angkat..bgus2..haha
yg xsmyg tu da sedar untuk smyg..kalau bole 3 hari sebelom pekse kalau ikot hati de..sampai nak gi masjid..bkn ke Allah nak kita berdoa all the time then kalau baju smyg 3 hari sebelom pekse bajet allah makbulkn lah..pastu kalau allah xmakbulkn mula la nak kata Allah xtlg lah,xguna smyg bkn leh berjaya pon..hmm..kalau dimakbulkn pulak..tu adalah ujian untuk anda..nama de istidraj..

ni ha..sy cite cikit pasal istidraj..harap diambil ikhtibar~

Mingu lepas..ade kwn sy ni tny..de wat maksiat tp leh dpt A selalu dlm exam padahal de kaki clubbing,,smyg pon masa nak exam..doa sampai meleleh2 ingus ijau..abis tisu kotak..baca buku pon ala kadar je..kemungkaran byk lak tuh..murah rezeki de wpon selalu membuat kemungkaran?

sy pon kata la yang kekadang sesuatu anugerah Allah s.w.t kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Tuhan..dan balasan yg akan diterima nnt lagik teruk lah..dah diberi nikmat tp berlagak pula…berkata dlm diri “aku xsmyg pond pt dean’s list”,”aku xsmyg n selalu meronggeng dengan bf aku tp aku lpas exam (lpeas takat mana tuh)..aku FYP dpt A(FYP dpt A tu lagik la xleh blah..)”..

Ada si B tanyaarituh kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. tu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Dan kalau sekali doa da dpt tetibe,mungkin tu ade lah istidraj..wallahualam..


Amaran Allah melalui "istidraj"....!!!!

istidraj tu ekceli
pemberian nikmat Allah kepada manusia yg mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :


"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi).


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka…mereka bajet mereka xde wat slh maaa.....nnt leh tobat..hmm..tu pon kalau sempat tobat..kalau sempat tobat..diterima ke tobat tuh?tu lagik satu hal..Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah s.a.w dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi,
hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati gak..we all die maaa..kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahle! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah...tp ni dak kecik ciput je nak berlagak ngan Allah..!! astagfirullah..meraka tidak nmpk dan tidak tahu akan ape yg diperkatakn..



Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.


Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda:


"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul bad if im not mistaken...eh taken2..betol2...kitab tuh..confirm!)


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di
celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api (de kn suka api2 nih..contohnye,lampu kat kedai mkn tepi jalan. ).

Begitu juga manusia bile da dpt nikmat then cuba hendak melawan Allah s.w.t !!!!


Buktinya, si
Firaun. Nikmatnya tak terkire, tak penah sakit, bersin pun tak penah sb Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia…igt!! Apebila nikmat itu diberikn…dan tiada kesyukuran ataupun tobat diatas kemungkaran..maka seksanya pasti lebih dasyat..jgnlah di “istidraj”…

Namrud, yang cuba membakar
Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk dlm idom de…nyamok masok idom pon da mati..

takde manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawe oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhai-Nya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan-Nya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita mahu..iduplah dengan sederhana..(teringt pesanan ayah)..Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Rahmat : Pemberian Allah kepada hambaNya atas dasar kasih sayang.

Allah kurniakan sesuatu apabila Dia merasakan hambaNya layak mendapat anugerah itu kerana kebaikan yang telah dilakukan. Contohnya A bersedekah kepada anak yatim, lalu Allah tambahkan lagi rezekinya. A disayangi bukan saja oleh sesama manusia kerana sifat pemurahnya tapi juga disayangi oleh Allah.

Istidraj : Pemberian Allah kepada hambaNya dalam keadaan benci dan tidak di redhai.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lalu Dia masih lagi berikan nikmat kepada hambaNya walaupun banyak kejahatan dan keburukan yang dilakukan, walaupun hambaNya itu tidak pernah menyembahNya. Contohnya B tidak pernah bersembahyang, tidak melakukan kebaikan malah seringkali membuat kejahatan tapi Allah masih lagi kurniakan kenaikan pangkat pada dia. Apa yang Allah beri adalah dalam keadaan Dia tidak redha dengan B.

Yang manakah mahu kita pilih untuk hidup kita? Mahu menerima rahmat atau istidraj?