panas. bape lama xmenulis di blog,tetibe mula blog ckp panas. hahaha. cuaca di Malaysia makin panas berbanding kepanasan biasa. bila musim panas,byk lah penyakit2..penyakit denggi, H1N1, demam panas, cirit-birit.. ni semua penyakit2 yg dialami ketika panas,satu lagik.."duduk tak diam" pon slh satu penyakit masa panas :P
cara2 nak kuar dari keadaan panas ni leh lah:
1. Melawat shopping complex sekerap mungkin untuk merasai kedinginan aircon yg kuatttt, lebih baik berkerja disitu..seperti apa yg sy lakukan.
2. Minum banyak air kosong.
3. Pakai pakaian SATU lapis. ianya bukan apa yg sy lakukn..sy siap pki baju jenis dua lapis lah, baju 3 lapis lah..fesyen punye pasal. akibatnya..panas!
4. Buat lebih byk amalan baik spya hati berasa sejuk,ni nasihat ostat2.
5. Mandi sekerap yg mungkin. jangan lupe guna sabun :P
6. ade pendapat/tips lain?
masuk cite kerja lak. currently sy sedang berkerja dia dua buah FIRMA (kenapa tah besarkan perkataan firma). satu sy lakukan disebelah siang. im an arts teacher !! di ARTS ATTACK mengajar arts and design. mengapa sy mengajar arts yg BUKAN bidang sy (meaning: xpenah buat ape2 kursus dlm bidang arts selama idup). its because arts is part of my life..sy suka design,sy suka lukis, sy suka conteng2, sy appreciate arts. tu je alasan de. its from the inside :)
love pre-school kids!
kerja kedua lak,second job (translate dlm BI tetibe). sy berkerja at night,pada waktu malam(translate dlm BM lak.hahhaa). malam sy berkerja di firma bernama
Mawar Tuition Centre. sebagai teacher/cikgu/sifu pon boleh. mengajar science,BM, English,Maths, Add-Maths, Geografi, Sejarah for primary dan secondary. secondary kebanyakannya budak from 5. jangan tanya sy mcm mana sy leh ngajar semua ni..haha,tetibe je mendapati diri sendiri mengajar budak skola...
kerja ketiga plak,akan dtg. kerja yg bergelumang dlm "bidang kanak2" juga. why kanak2? pon jgn tny.. :P
masa ngajar ni sometimes baru dpt phm apa perasaan cikgu2 masa skola dulu,stakat panjat meja dengan main penyapu tu biasa lah apetah lagi tido mcm kwn baik sy,si laily.
“Cikgu! Saya tak reti nak tulis ape pun..”
“Cikgu, sy nak gi tandas,cari inspirasi”
“Teacher,macam nak eja seksyen? Kene tukar k kepada c x?”
“ Cikgu! Cikgu! Ade facebook?hehe”
“Cikgu,Nik tangkap gambar cikgu!”
“Cikgu.sayaaaaaaaaa..peninglah cikgu”
"Teacher,tolong sign kat tgn sy.."
"Yey yey!! teacher dtg!"
"Teacher,nah coklat :)"
"Cikgu Nurul...tengok niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. dia kacau saye!!!" (ayat biasa..)
Tidak cukup mencabar? Sbgai kerja part time..sy kire mencabar lah jugak. Nak kene tau EVERYTHING. Dari chapter 1 text book darjah 6 sampai celah muka surat kat form 5 punye subject. Pastu kene layan lak dak2 punye kerenah,kekadang mcm nak tergelak sendiri bila tgk balik.
1. “Cikgu,number phone ade?”
-adoi. Cikgu dah 23 lah dik oi. Pegi ngorat budak sebelah lah nik.
2. “Cikgu,boleh tepon kul bape? Memlm boleh tepon x?
-boleh tepon siang je,mlm operator cikgu angkat..
3. “Teacher,ajar lah kitaorg lagi tau mingu depan!”
-insyaAllah.boleh :)
4. “Cikgu nurul !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cikguuuuuuuuuu….”
-ye afif ade ape?..tau x ape dia jawab..dia kata “saja je panggil nama cikguuu”
5. “semua! Hari ni principle nak dtg jadi jgn bising2 tau. Kalau de tny korang sonok x..korang ckp sonok gila tau!”
6. “syikin! Bakri! Tlg diammmmmmmmmm…bising sgt ni…”
-“CIKGUUUUUUUUUUUUUUUUUU.. bukan sy yg bising! Dia yg bising! Tu haaaa…..dia cikgu!!! (sambil menjerit)” apekah difference antara dia menjerit dengan org lain memekak? Jadik keseluruhannya semua org memekak at the same time blaming satu sama lain..
7. “Korg! Cikgu pening dah niiiiii. Cikgu boleh gila ni (mcm menderita.haha)”
-hahaha..cikgu nak jadik gila..hahaha..
-ceh (-.-)
Mcm2 kerenah ok. Xtau nak cite cmne kalau cite pasal budak2 ni. :P
Pasal kerja kat “Arts Attack” lak. Satu kisah yg lain cikit.
Ibu bapa kepada “budak2 VVIP” hantar anak2 diorg kat “Arts Attack” yg sy personally rasa membazir. Haha. Tp dah dia nak hantar nak buat mcm mana kn. Jadi layankn saja.
Mengajar arts untuk budak2 bukan mudah,mereka lebih suka ikut cara diorg. Macam2 kerenah!Kalau sy xtarik kerusi,diorg xkn duduk..tgn kotor akibat paint diorg dah risau sbb takot nails diorg rosak. Sy rasa kalau sy taip ayat diorg semua akan lebih paham..
“Teacher,can u hold my hair?”
“Teacher…my hair is stuck at the dryer”
“Teacher..where’s mommy? I need to go weeeee weeee”
“Teacher..that is nice! Where did you get that idea from?”
“Teacher..did you learn arts from oxford?”
“Teacher..my brother is stupid”
“Teacher..can I draw a pig? A big fat one,just like my daddy”
Hari2 keje kat cini best! Berlatar belakangkn lagu lady gaga most of the time, semua teachers nyayi dengan style masing2 sambil mengecat and melukis. Mmg havoc! Masuk at 11am,kalau ade birthday party..9.30am kene masuk until 6pm. One week keje 3-4 days. Kekadang xperasan pun dah abis waktu keje. tp penat lah,mmg penat. penat and PANAS (merujuk stetes post kali ni)..
well,sebenarnya jadi guru stakat ni..banyak juga perkara yg buat sy tersentuh hati. lebih2 lagi bile budak2 siap buat "Fan Club Cikgu Nurul" which sy rasa amatlah mengharukan. tak rugi menjerit dengan voltan melebihi kapasiti elektrik untuk satu daerah. hahaaha
bak kata cikgu sy dulu..
.
.
.
.
"hanya guru boleh paham perasaan seorang guru"
^_^