Monday, March 29, 2010

celaru

mintak sikit pendapat please!

skrg sy gah amik lesen kete. lesen kete ni PATOTnya dah kene amik berabad yg lalu. bak kata syafiq "org amik lesen kereta masa tahun masihi la!" HAHAHA. alaaaa..masalahnya lepas SPM pegi carik pasal keje,pastu tetibe kerajaan panggil soh wat matrik (motif slhkn kerajaan?).. skrg dah abis degree baru nak wat lesen,pastu semua org bebel2 bebyk..siap ade kwn iaitu si syafiq mrh2 cakap yg dia wat masa kurun masihi. mmg perli lah tuh kn..

jadi skrg ni. sy BARU amik lesen..pastu kan!! amik lesen kursus 5 jam pak cik motivasi bebel pasal cara bawak kete,pastu pak cik driver yg selalu amik dia masuk WAD pulak dahhh!!

masa ni jugak masuk wad pak cik oi. tp cian la kat dia..tp masa sy nak abiskan lesen cepat2 lak dia jatuh sakit. smoga cepat sembuh ye pak cik..alaaaaaaaaaaAAAAAA... nak abiskan lesen kete ni.. (-.-)

pastu skrg kan gah bertukus lumus kerja part-time sbb xleh nak keje full (tah nape sy bertukus lumus keje part time,abah xsuruh pon..memandai je carik pasal),abah kata xde org nak hantar..so kene bawak kete sendiri. ni semua gara-gara lesen..mmg "gara-gara" sungguh!

skrg ni keje part time kat arts attack sy dah ejust spya mulai mingu depan dia bg sy keje weekends je BECOZ sy nak keje yg ketiga (pepandai carik pasal keje sampai 3 tempat).. motif sy nak keje 3 tempat? sbb miskin ke? nope. sy pon xtau jawapannya,maybe sbb sy nak cari pengalaman kot or sbb nak sibuk2 kn diri. motif?

jadik keje yg ketiga berbunyi begini..biar sy senaraikan kejap keje2 sy:

1. Arts Attack 9.30am-7/8pm tak tentu masa,ade jadual dia tersendiri.
2. Tuition mawar 8/8.30pm-10pm. mlm jadi sy rasa xde masalah.
3. Q-Dees 7.30am/8pm-12.30/1pm

sy tertarik dengan number 3 sbb GAJI agak lumayan! (sebenarnyakn..sy bukan guna pon gaji tuh,tah nape nak duit bebyk)

jadik persoalan diminda sy sekarang ialah..patotkah sy amik kerja yg ketiga? td dah pegi interview dia,dia ckp xleh lari kan diri dlm tempoh 3 bulan. ade pantang larang lakkkk.. owner dia puan Thai yg hot. org thailand.

jadi,puan thai..sy nak keje situ sementara pak cik sembuh (cian pak cik lesen METRO..) tp kn puan thai,sy nak larikan diri dlm tempoh dua bulan..SEBAB sy nak amik master WHICH sy rasa sy belom tentu amik lagik. pening kepala x baca?

persoalan2 di minda yg HARUSSSS di selesaikan spya jiwa tenang ialah:

1. Igt nak amik bidang Qiraat. KUIS maybe,UIA pon ok. sbbnya MINAT YANG MENDALAM

2. Master (MBA) yang mana sy xtau nak amik kat mana..gah wat reseacrh..(asyik mengkaji je kebelakangan ni..semlm kaji kegunaan syampoo dengan mak n adik kat tesco..yang mana,adik pelik nape sy buat kajian lalu meninggalkn sy di depan rak syampoo..HAHAHAHA)

3. Keje kat tempat puan thai..

4. berhenti keje kat arts-attack (sy kene benti jika nak buat master,sebelom tu kene selesaikan persoalan "adekah sy nak amik maser". nak kene bagi 1 month notis)

5. keje tuition xde masalah.

6. kene pk nak selesaikan masalah ni SELARI dengan carik keje tetap/di offer keje tetap.

7. sy rasa..semua org dah pening,jadi stop kat cini je..hahaha

soOOOo..sape ade cadangan? ke semua org dah pening and nak cakap mcm mak sy "pk la sendiri"?

currently jadual keje sy cmni: (mon until sunday)

8am: bersedia pegi keje/breakfast

9.30am: dah sampai arts-attack! and 10am dah mula keje, keje tu EVERY HOUR kene buat crafts.

7/8pm: balik,smyg magrib then bersedia pegi tuition at 8/8.30pm. dlm perjalanan balik keje dah kene pk ape nak ajar, and latihan apa nak bagi. mmg multitasking betul lah!

8/8.30-10pm: balik tuition sambil pk nak mkn apa for dinner.

10.30/11pm: Dinner sementara org lain dah supper!

11pm-12: baca buku lesen/baring2 kejap. msg2 ke, online kejap ke.. DEPENDS.

12pm: dah tido,dah bersedia untuk boost up energy untuk esok pagi.

persoalan: ade masa tak unuk selit keje ketiga?

satu lagi masalah..umo 23 mmg mencabar.ni belom lagik amik kira steps untuk persediaan rumahtangga (semua org pk hal ni masa umo 23 sbb desakan ibu bapa,wpon xde bg/gf ttp tetap kene pk..kesian kat semua manusia umo baya sy..hahaha) tangga pon xde lagi, rumah dah kene siapkan.



wahai tangga..cepatla dtg!
ZaKiAH MeNcaRi TaNG-gA

No comments: